First 50 subtitle cues from The Arrivals pt.24 (Freedom Unplugged).srt
50 cues
#1
The Arrivals: Bahagian 24
#2
"Kebebasan Dicabut"
#3
Episod ini akan membincangkan tentang masalah yang kamu hadapi untuk membebaskan minda rakan-rakan dan ahli keluarga kamu apabila didedahkan dengan maklumat sebegini.
#4
Saya selalu mendapat emel dari para penonton yang mengadu kesusahan mereka untuk menyebarkan maklumat konspirasi ini kepada orang lain.
#5
Mereka memberitahu saya bagaimana orang menolak maklumat sebegini, mereka melawannya, mereka mentertawakan kamu, dan juga memanggil kamu dengan nama-nama yang tidak sepatutnya.
#6
Dan ini amatlah biasa apabila berhadapan dengan pemikiran dan maklumat sebegini.
#7
Sebenarnya, saya juga hadapinya dan saya mengesyorkan kamu bahawa setiap orang yang mendalami tentang ilmu-ilmu sebegini telah menghadapinya juga.
#8
Semasa saya mula-mula menemui bahan-bahan ini dan sedar akan apa sebenarnya yang tidak betul tentang dunia ini,
#9
saya merasa bahawa ia merupakan kewajipan saya untuk menyebar dan menyedarkan orang di sekeliling saya tentang maklumat baru yang telah saya temui ini.
#10
Tetapi realitinya saya sedar yang ia tidak berkesan selama ini.
#11
Sebuah pengajaran cina datang ke minda saya di mana,
#12
apabila guru-guru ingin mengajar ilmu kepada para pelajar mereka, guru-guru ini selalu berkata:
#13
"Jikalau seseorang itu haus, kamu berikannya separuh cawan air. Jikalau dia masih haus, maka berikannya lagi separuh cawan air."
#14
Ini bermakna yang pertamanya, apabila seseorang itu ingin mempelajari ilmu dia haruslah berasa haus akannya.
#15
Dan apabila kehausan ilmu mereka dikomunikasi kepada kamu, maka kamu bekalkan mereka dengan separuh daripada ilmu tersebut!
#16
Jangan berikan mereka ilmu itu secara sekaligus kerana ini hanya akan menjauhkan mereka dari ilmu itu.
#17
Berikan mereka separuh dahulu. Jikalau mereka meminta lagi, berikan lagi separuh ilmu itu kepada mereka.
#18
Jikalau mereka tidak meminta lagi, maka ia bukan tanggungjawab kamu!
#19
Mereka akan mempelajarinya dalam kehidupan mereka kelak.
#20
Cara yang terbaik untuk orang-orang melihat dan mengubah cara pemikiran mereka adalah dengan mereka sendiri melalui pengalaman itu. Juga dengan cara mereka mengkaji ilmu itu sendiri dari diberitahu oleh orang lain.
#21
Jadi jika kamu ambil kisah pasal seseorang, atau jika kamu ingin mengongsi maklumat ini...
#22
Kamu harus lakukannya dengan cara yang bijak. Juga kamu haruslah menarik minat mereka dengan memberi jawapan dari sebaliknya menanya soalan kepada mereka.
#23
Sambil-sambil kamu menonton berita dengan rakan kamu, dan dia pula bertanya tentang situasi-situasi tertentu yang sedang disalurkan dalam berita...
#24
Kamu tanya dia, mengapa kamu rasa ia sedemikian? Mengapa kamu rasa berita-berita ini ditayangkan kepada kita?
#25
Melalui perbincangan yang berikut dari sebaliknya memberi khutbah kepadanya, kamu akan membina sebuah hubungan kepercayaan dan keselesaan di antara kamu dan pendengar kamu.
#26
Dan ini pula akan membantu kamu pergi ke tahap seterusnya iaitu cara kamu memberikan ilmu yang berharga itu kepadanya.
#27
Kemudian merekalah yang akan bersedia untuk melihat dan juga bersedia untuk dibebaskan.
#28
Namun ramai yang tidak akan menerimanya.
#29
Walau apa pun, kamu janganlah terasa sangat akan penolakan mereka.
#30
Sekarang, mengapa ini terjadi?
#31
Mengapa orang-orang akan menolak dan melawan maklumat-maklumat sebegini? Mengapa mereka menyerang kamu?
#32
Ia berlaku kerana salah satu dari sebab yang berikut:
#33
Dari sudut pandang psikologi, maklumat ini bukan senang untuk dihadam. Seseorang yang tidak boleh menerima maklumat sebegini, akan meneruskan kehidupannya seperti biasa.
#34
Otak mereka tahu bahawa maklumat yang diberikan itu akan memaksa otak untuk menyusun semula dan memprogram semula beberapa maklumat tertentu yang telah dikumpulkan sepanjang hayat,
#35
Otak mereka akan melawannya. Dan oleh sebab ia memerlukan daya usaha yang tinggi untuk melawan maklumat ini, cara paling baik untuk mengelakkan usaha sedemikian adalah dengan menolaknya.
#36
Sebab kedua berdepan dengan masalah kesombongan. Oleh sebab kesombongannya, dia akan melawan kamu dan juga maklumat kamu kerana dia merasa yang apa yang dia percaya adalah lebih benar dari apa yang dikatakan oleh kamu.
#37
Mereka tidak boleh menerima bahawa kamu berkemungkinan menemui maklumat benar yang mereka tidak temukan sebelum ini. Dan oleh kerana mereka mahu melindungi maruah mereka, mereka menolak maklumat-maklumat kamu.
#38
Pada kebanyakan kes, orang itu terlalu selesa dengan kehidupan mereka yang pantas sehinggakan mereka tidak mahu mengubah cara hidup mereka. Mereka juga tidak mahu manghiraukan apa yang sedang berlaku dalam dunia ini.
#39
Mereka terlalu pentingkan diri mereka sendiri.
#40
Kamu perlu faham, kebanyakan orang-orang di sini tidak bersedia untuk menerima kebenaran.
#41
Dan kebanyakan mereka sudah terbiasa dengan sistem ini sehinggakan mereka sanggup menggadai nyawa untuk melindunginya.
#42
Mereka percaya akan nilai suara sistem itu. Ia telah menjadi penentu abadi kepada kehidupan mereka.
#43
Apakah suara sistem ini?
#44
Media!
#45
Pemukau paling hebat di dunia adalah sebuah kotak (televisyen) di sebuah penjuru bilik.
#46
Ia sedang memberitahu kita apa yang sepatutnya dipercayai adalah benar!
#47
Jikalau kamu boleh mempengaruhi orang yang apa yang sedang dilihat oleh mata mereka adalah yang sebenarnya, kamu gagal.
#48
Kerana mereka akan mentertawakan kamu tentang maklumat kebenaran dan apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam dunia ini...
#49
dan mereka telahpun mentertawakannya!
#50
Berita FOX mendakwa yang api-api itu berkemungkinan dilakukan oleh, Al-Qaeda!